Sejarah Bandar_Utama

Sehingga tahun 1991, kawasan Bandar Utama Damansara hanya terdiri daripada dusun kelapa sawit. Pada awal 1990-an, bermulanya pembangunan di Bandar Utama Damansar di bawah See Hoy Chan Holdings Sdn. Bhd., dan satu cubaan untuk memodenkan kawasan ini dilakukan, bermula dengan pembukaan stesen penyiaran TV3 di Bandar Utama, serta juga 1 Utama yang makin dikenali ramai setelah rangkaian kedai serbaneka Aeon memindahkan cawangannya di kawasan sempadan Kuala Lumpur-Selangor dari lokasi asalnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ke Bandar Utama pada tahun 1995.

Dengan pembukaan sekolah-sekolah pada tahun 1997 dan 1998, serta juga penubuhan Kolej Bandar Utama, Bandar Utama terus berkembang. Seperti pada tahun 2004, pembinaan kawasan perumahan BU7, BU10 dan BU6 (yang terdiri daripada rumah 2 1/2 tingkat) telah disiapkan. Ini merupakan seksyen-seksyen baru Bandar Utama berbanding dengan seksyen lama, BU1 hingga BU4, yang disiapkan secara berfasa dari tahun 1991 hingga 1996.