Kajian Bandar_raya_global

Kajian GaWC

Bandar Raya Dunia Alfa 2008

Salah satu percubaan terawal untuk menentukan, menggolongkan dan menarafkan bandaraya global dilakukan pada tahun 1998, oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC) yang bertapak di jabatan geografi Universiti Loughborough, United Kingdom. Jadualnya digariskan dalam GaWC Research Bulletin 5 dan menarafkan bandaraya berdasarkan peruntukan "khidmat pengeluaran termaju" seperti perakaunan, pengiklanan, kewangan, dan perundangan.[4] Inventori GaWC mengenal pasti tiga taraf bandaraya global diikuti beberapa subtaraf.

Penarafan GaWC selama ini diterbitkan empat tahun sekali. Penarafan tahun 2004 mengiktiraf penunjuk baru di samping masih menekankan ekonomi bandaraya berbanding faktor politik dan kebudayaan. Penarafan 2008 pula lebih menggunakan data lanjutan yang diperoleh di Chinese Academy of Social Sciences sambil memastikan kebolehbandingan dengan penarafan 2000 dan 2004. Kesemua bandaraya yang layak disusun mengikut kategori bandaraya global "Alfa" (with four sub-categories), "Beta" (three sub-categories), "Gama" (three sub-categories), dan bandaraya yang menikmati "Kecukupan Tinggi" atau "Kecukupan" kehadiran bandaraya global.

Senarai Bandaraya Dunia Alfa, Beta dan Gama 2008 adalah seperti berikut; rujuk sumbernya untuk senarai selengkapnya:[28][29]

Bandar Raya Dunia Alfa ++:

Bandar Raya Dunia Alfa +:

Bandar Raya Dunia Alfa:

Bandar Raya Dunia Alfa :

Bandar Raya Dunia Beta +:

Bandar Raya Dunia Beta:

Bandar Raya Dunia Beta :

Bandar Raya Dunia Gama +:

Bandar Raya Dunia Gama:

Bandar Raya Dunia Gama :

Indeks Bandar Raya Global

Pada Oktober 2008, jurnal Foreign Policy dari Amerika Syarikat, bersama firma penasihat A. T. Kearney dan Chicago Council on Global Affairs, menerbitkan senarai bandaraya global berasaskan nasihat daripada Saskia Sassen, Witold Rybczynski, dan lain-lain. Foreign Policy menyatakan bahawa "bandar raya-bandar raya yang terbesar dan terbanyak saling membantu menetapkan agenda global, mengharungi ancaman rentas negara dan berfungsi sebagai hab persepaduan sedunia, selaku enjin pertumbuhan negara masing-masing dan pintu masuk sumber serantau."[30]

Penarafannya berasaskan penilaian 24 metrik di lima bidang: kegiatan perniagaan, modal insan, pertukaran maklumat, pengalaman budaya, dan keterlibatan politik. Pada tahun 2010, 30 bandaraya global terunggul adalah:[31]

KedudukanBandar Raya
1Bandar Raya New York
2London
3Tokyo
4Paris
5Hong Kong
6Chicago
7Los Angeles
8Singapura
9Sydney
10Seoul
11Brussel
12San Francisco
13Washington D.C.
14Toronto
15Beijing
16Berlin
17Madrid
18Vienna
19Boston
20Frankfurt am Main
20Shanghai
22Buenos Aires
23Stockholm
24Zurich
25Moscow
26Barcelona
27Dubai
28Rome
29Amsterdam
30Bandar Raya Mexico

Global Power City Index

Institute for Urban Strategies di The Mori Memorial Foundation di Tokyo, Jepun mengeluarkan kajian menyeluruh mengenai bandaraya global pada Oktober 2009, berasaskan enam kategori keseluruhannya, iaitu "Economy," "Research & Development," "Cultural Interaction," "Livability," "Ecology & Natural Environment," dan "Accessibility," diperincikan oleh 69 petunjuk individu.[32]

Ked.Bandar rayaMarkahKategori terbaik (ked.)
1Bandar Raya New York330.4Economy (1.) Research & Development (1.)
2London322.3Cultural Interaction (1.)
3Paris317.8Livability (1.) Accessibility (1.)
4Tokyo305.6Economy (2.) Research & Development (2.)
5Singapura274.4Economy (5.) Cultural Interaction (5.)
6Berlin259.3Livability (2.)
7Vienna255.1Ecology & Natural Environment (3.)
8Amsterdam250.5Accessibility (3.)
9Zürich242.5Ecology & Natural Environment (2.)
10Hong Kong242.5Economy (4.)
11Madrid242.5Ecology & Natural Environment (7.) Accessibility (7.)
12Seoul242.1Research & Development (4.)
13Los Angeles240.0Research & Development (5.)
14Sydney237.3Ecology & Natural Environment (9.)
15Toronto234.6Livability (5.)
16Frankfurt232.9Accessibility (5.)
17Copenhagen231.7Economy (9.) Livability (9.)
18Brussel229.9Livability (8.)
19Geneva229.7Ecology & Natural Environment (1.)
20Boston226.2Research & Development(6.)

Diikuti oleh:

21. Shanghai (224.1), 22. Chicago (221.1), 23. Vancouver (219.1), 24. San Francisco (218.1), 25. Osaka (215.1), 26. Beijing (211.4), 27. Kuala Lumpur (204.1), 28. Milan (203.5), 29. Bangkok (199.1), 30. Fukuoka (196.5), 31. Taipei (195.9), 32. Moscow (179.5), 33. São Paulo (177.7), 34. Mumbai (165.5), 35. Kaherah (132.2)

Rujukan

WikiPedia: Bandar_raya_global http://www.aci.aero/aci/aci/file/Press%20Releases/... http://hsc.csu.edu.au/geography/urban/cities/world... http://science.uniserve.edu.au/school/curric/geogr... http://www.bloomberg.com/markets/stocks/wei.html http://www.forbes.com/2008/04/30/billionaires-lond... http://www.forbes.com/2009/03/10/worlds-richest-ci... http://www.foreignpolicy.com/articles/2010/08/16/m... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.geohive.com/charts/seaport.php http://gstudynet.com/gum/Publications/Immigration%...