Bandar_raya_global

Bandar raya global (juga dikenali sebagai bandar raya dunia atau bandar raya alfa) ialah bandar raya yang ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam sistem ekonomi global. Konsep yang berasal dari bidang geografi dan kajian bandar ini berteraskan gagasan bahawa globalisasi difahami sebagai dicipta, dimudahkan dan dilaksanakan terutamanya di tempat-tempat yang strategik mengikut hierarki kepentingan dan pengendalian sistem kewangan dan perdagangan sedunia.Paling kompleks di kalangan entiti-entiti sedemikiannya ialah "bandar raya global" (global city), yang mana perhubungan bandar raya ini membawa kesan sosio-ekonomi yang langsung dan ketara terhadap hal-ehwal sedunia.[1] Istilah global city dipercayai dicipta oleh ahli sosiologi Saskia Sassen sebagai memaksudkan London, New York dan Tokyo dalam hasil kerja The Global City (1991),[2] biarpun istilah world city (bandaraya dunia) yang memaksudkan kota-kota yang jauh menguasai lebih banyak perniagaan global berbanding tempat dipakai seawal-awal penggunaan sulungnya oleh Patrick Geddes pada tahun 1915.[3] Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandaraya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia, cth. Kaliningrad, Rusia, Thessaloniki, Greece dan Iskandariah, Mesir.

Rujukan

WikiPedia: Bandar_raya_global http://www.aci.aero/aci/aci/file/Press%20Releases/... http://hsc.csu.edu.au/geography/urban/cities/world... http://science.uniserve.edu.au/school/curric/geogr... http://www.bloomberg.com/markets/stocks/wei.html http://www.forbes.com/2008/04/30/billionaires-lond... http://www.forbes.com/2009/03/10/worlds-richest-ci... http://www.foreignpolicy.com/articles/2010/08/16/m... http://www.foreignpolicy.com/story/cms.php?story_i... http://www.geohive.com/charts/seaport.php http://gstudynet.com/gum/Publications/Immigration%...