Bandaraya_Quebec

Quebec (/[invalid input: 'icon']kwᵻˈbɛk/ or /kɛˈbɛk/; Bahasa Perancis: Québec [keˈbɛk]  ( dengar)), juga dikenali sebagai Québec, Quebec City atau Québec City (Bahasa Perancis: Ville de Québec)[3] ialah ibu kota kepada provinsi Quebec, salah satu provinsi Kanada di wilayah Capitale-Nationale. Ia merupakan bandar raya yang kedua terbanyak penduduk di Quebec, selepas Montreal yang terletak sekitar 233 kilometer (145 mi) di barat daya. Menurut Banci Kanada 2006, bandar rayanya mempunyai491,142 penduduk,[1] manakala kawasan metropolitannya mempunyai 715,515 orang.[2]Penyempitan Sungai Saint Lawrence berhampiran tanjung tinggi bandar raya Cap-Diamant (Tanjung Diamond), dan Lévis, di tebing yang bertentangan, memberikan nama kepada bandar raya Kébec, sepatah perkataan Algonquin yang membawa pengertian "di mana sungai menyempit". Diasaskan pada 1608 oleh Samuel de Champlain, Bandaraya Quebec ialah salah satu kota yang tertua di Amerika Utara. Kubu yang mengelilingi Quebec Lama (Vieux-Québec) ialah satu-satunya tembok kota berkubu yang masih wujud di sebelah utara Mexico di benua Amerika dan telah pun diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia 'Daerah Bersejarah Québec Lama' oleh UNESCO pada 1985.[4][5]Pelbagai pesta diadakan setiap tahun, termasuklah Pesta Musim Panas, Karnival Musim Sejuk, dan pesta Château Frontenac, hotel yang menguasai latar langit bandar raya. Perhimpunan Kebangsaan Quebec, Musée national des beaux-arts du Québec (Muzium Negara Seni Halus Quebec), dan Musée de la civilisation (Muzium Peradaban) terletak berhampiran Vieux-Québec.

Bandaraya_Quebec

Kod SGC 24 23 027
• Ketua majoriti Jean-Marie Matte
Wilayan pentadbiran Capitale-Nationale
• Metro 715,515 (Ke-7
• Kepadatan 1,081.2/km2 (2,800/batu persegi)
Zon waktu UTC−5 (Timur)
• Urban 659,545
• Kepadatan urban 984.2/km2 (2,549/batu persegi)
Laman web Official website of Quebec City
Kelompokan Kelompokan Bandaraya Quebec
Diasaskan 3 Julai 1608 oleh Samuel de Champlain
Komuniti metropolitan Communauté métropolitaine de Québec
Peta NTS 021L14
• Musim panas (DST) UTC−4 (EDT)
• Perhimpunan Kebangsaan Quebec
Senarai Perhimpunan Kebangsaan Quebec
• Senator persekutuan Dennis Dawson
• Bandar raya 491,142 (Ke-10)
• Kepadatan metro 218.4/km2 (566/batu persegi)
Kod kawasan 418/581
Tarikh pembentukan 1833
• Datuk Bandar Régis Labeaume
• Ahli Dewan Rakyat Kanada
Senarai Ahli Dewan Rakyat
Country  Kanada
Provinsi  Quebec
Kod GNBC EHTWR