Perhubungan Bangi

Jaringan Jalanraya

JalanrayaKodKm
Dari Bandar Baru Bangi10.6
Dari Pekan Semenyih10.3
Dari Dengkil17.5
Dari Wilayah Persekutuan Putrajaya/Dengkil22.8
Dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban2.8
Dari Lebuhraya Kajang-Seremban10.4

Pengangkutan Awam

Pekan ini mempunyai sebuah stesen KTM Komuter iaitu Stesen Komuter Bangi yang terletak di dalam Laluan Rawang-Seremban.

Bermula 5 Ogos, 2017 pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), telah melancarkan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Bangi. Pelancaran perkhidmatan bas secara percuma di laluan KJ02 dan KJ03 yang menghubungkan Stesen Komuter Bangi ke kawasan sekitarnya ini telah disempurnakan oleh Dato Menteri Besar sendiri bersempena dengan majlis upacara pecah tanah Dewan Komuniti di Bukit Mahkota.