Bangladesh
Bangladesh

Bangladesh

Koordinat: 23°N 90°E / 23°N 90°E / 23; 90Bangladesh (Benggali: বাংলাদেশ), secara rasmi digelarkan Republik Rakyat Bangladesh (গণপ্রজাতন্ত্রী বাংলাদেশ, Gônoprojatontri Bangladesh), ialah sebuah negara di sebelah timur laut subbenua India yang terletak di Asia Selatan.Bangladesh bersempadan dengan India di sebelah barat, utara dan timur, dengan Myanmar di sebelah tenggara, dan Teluk Bengal di sebelah selatan. Bersama-sama dengan Bengal Barat di India, Bangladesh terdiri daripada kawasan etnik dan linguistik Bengal. Nama "Bangladesh" bermaksud "Negara Bengal". Bagaimanapun, keasalan perkataan "Bangla" atau "Bengal" tidak diketahui. Ibu negara dan bandar terbesar Bangladesh ialah Dhaka.Sempadan Bangladesh ditetapkan oleh Pembahagian India pada tahun 1947 ketika negara ini merupakan sayap timur Pakistan (Pakistan Timur) yang dipisahkan daripada sayap barat sejauh 1,600 kilometer (1,000 batu). Walaupun mempunyai agama yang sama, jurang etnik dan linguistik antara kedua-dua sayap diburukkan lagi oleh sebuah kerajaan yang ditempatkan di Pakistan Barat yang bersikap tidak peduli. Ini menyebabkan kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971 selepas peperangan berdarah yang disokong oleh India. Tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan ditandai dengan huru-hara politik yang terdiri daripada tiga belas ketua kerajaan yang berlainan, serta sekurang-kurang empat rampasan kuasa tentera.Bangladesh mempunyai bilangan penduduk yang kelapan terbesar di dunia, tetapi kawasan negara ini sebanyak 144,000 kilometer persegi ditempatkan sembilan puluh tiga di dunia. Oleh itu, Bangladesh merupakan salah satu negara yang terpadat di dunia. Negara ini ialah negara yang mempunyai bilangan orang Islam yang ketiga terbesar di dunia, tetapi bilangan ini masih kurang sedikit berbanding dengan bilangan orang Islam yang merupakan kelompok minoriti di India.Secara geografi, Bangladesh dikuasai oleh Delta Ganges-Brahmaputra yang subur. Negara ini mengalami banjir monsun tahunan, dan siklon kerap berlaku.Bangladesh adalah salah satu daripada ahli pengasas Pertubuhan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC), BIMSTEC, serta ahli Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Lapan Negara Membangun (D-8).

Bangladesh

Ibu kota Dhaka
Zon masa UTC+6 (BDT)
Pemerintahan Republik parlimen
• Bancian 2001 129,247,2331
• Hari Kemenangan 16 Disember 1971
Gini (2000) 31.8
rendah
• Anggaran 2007 150,448,339[1] (7)
• Per kapita $2200 (138)
Kod panggilan 880 (SubKod)
• Total $330.8 billion (31st)
Bahasa rasmi Bahasa Bengali
• Diisytiharkan 26 Mac 1971
KDNK (PPP) Anggaran 2006 
Mata wang Taka (BDT)
HDI (2004) 0.530
rendah · 137
• Air (%) 7.0
• Perdana Menteri Sheikh Hasina
Internet TLD .bd,.বাংলা
• Musim panas (DST) UTC+6 (tidak diperhatikan)
• Presiden Abdul Hamid

Rujukan

WikiPedia: Bangladesh http://www.banbeis.gov.bd/bd_pro.htm http://www.bangladesh.gov.bd/site/view/division-li... http://bdlaws.minlaw.gov.bd/bangla_pdf_part.php?id... http://www.pmo.gov.bd/constitution/index.htm http://www.arabnews.com/node/264387 http://www.dhakatribune.com/opinion/op-ed/2017/08/... http://www.fiercepharmaasia.com/story/bangladeshs-... http://www.marinelink.com/news/shipbuilding-invest... http://www.photius.com/rankings/geography/populati... http://archive.prothom-alo.com/detail/date/2012-09...