Demografi Bangladesh

Rencana utama: Demografi Bangladesh

Bangladesh ialah negara dengan jumlah penduduk kelapan terbesar dunia. Angka jumlah penduduk Bangladesh adalah pelbagai mengikut rujukan, tetapi perangkaan PBB menetapkan jumlah penduduk Bangladesh ialah kira-kira 162.9 juta orang pada 2017. Negara ini ialah negara ketujuh paling padat di dunia daripada segi penduduk, dan merupakan negara yang paling padat penduduknya jika negara kecil dan negara kota tidak diambil kira.[33]

Bahasa

Rencana–rencana utama: Bahasa di Bangladesh dan Bahasa Benggali

Bahasa rasmi negara ialah bahasa Benggali yang ditulis dengan tulisan Benggali.[34] Sejak pewartaan Akta Pelaksanaan Bahasa Benggali pada 1987, kesemua urusan rasmi kerajaan negara wajib dilaksanakan dalam bahasa ini.[35] Bahasa Inggeris pula lazim digunakan dalam pengajian tinggi.

Bahasa Chakma ialah sebuah bahasa asli Bangladesh yang ditutur oleh etnik Chakma. Selain itu, bahasa-bahasa lain di Bangladesh ialah bahasa Garo, Manipur, Kokporok, Rakhine dan Santali. Kebanyakan bahasa ini ditulis dengan tulisan Benggali dan ada sesetengah bahasa yang menggunakan tulisan Rumi.

Agama

Rencana utama: Agama di Bangladesh

Perlembagaan Bangladesh menetapkan negara ini sebagai negara sekular dan menjaminkan kebebasan beragama serta menetapkan agama Islam sebagai "agama Republik".[36]

Agama Islam dianuti oleh kira-kira 90% penduduk Bangladesh.[37] Kebanyakan penduduk Islam berada dalam aliran Ahli Sunah Waljamaah, namun terdapat juga pengikut aliran Syiah, Ahmadiyyah dan sufi. Di samping itu, kira-kira empat peratus daripada golongan Muslim Bangladesh adalah tidak bermazhab.

Agama Hindu pula dianuti oleh kira-kira 8.5% penduduk negara.[37] Penganut Buddha merangkumi 0.6% penduduk Bangladesh manakala penganut Kristian pula merangkumi 0.4% penduduk negara.[38]

Rujukan

WikiPedia: Bangladesh http://www.banbeis.gov.bd/bd_pro.htm http://www.bangladesh.gov.bd/site/view/division-li... http://bdlaws.minlaw.gov.bd/bangla_pdf_part.php?id... http://www.pmo.gov.bd/constitution/index.htm http://www.arabnews.com/node/264387 http://www.dhakatribune.com/opinion/op-ed/2017/08/... http://www.fiercepharmaasia.com/story/bangladeshs-... http://www.marinelink.com/news/shipbuilding-invest... http://www.photius.com/rankings/geography/populati... http://archive.prothom-alo.com/detail/date/2012-09...