Geografi Bangladesh

Rencana utama: Geografi Bangladesh

Bangladesh terletak di kawasan delta Sungai Ganges-Brahmaputra, delta sungai terbesar dunia.[19] Delta ini terbentuk daripada pertemuan Sungai Ganges (nama setempat Padma atau PĂ´dda), Brahmaputra (Jamuna atau Jomuna), Meghna, dan anak-anak sungai.

Sebahagian besar Bangladesh berada pada paras 12 meter di bawah paras laut, dan dipercayai sekitar 10% kawasan Bangladesh akan tenggelam jika paras laut naik sebanyak satu meter.[20]

Titik tertinggi Bangladesh dipercayai ialah Saka Haphong dengan ketinggian 1,064 meter yang terletak berdekaan sempadan Myanmar,[21] tetapi kebanyakan rujukan menetapkan Keokradong sebagai titik tertinggi negara.[22]

Iklim

Iklim Bangladesh ialah iklim tropika dengan musim sejuk yang kurang ketara dan musim panas yang lembap. Bangladesh mengalami musim monsun yang panas dan lembap dari Jun hingga Oktober. Bencana-bencana alam yang sering melanda Bangladesh termasuklah banjir, siklon, puting beliung dan bena.[23]

Pembahagian pentadbiran

Bangladesh terbahagi kepada lapan buah daerah (bibhag) yang dinamakan mengikut nama ibu kota setiap daerah, iaitu:[24]

  • Barisal
  • Chittagong
  • Dhaka
  • Khulna
  • Mymensingh
  • Rajshahi
  • Rangpur
  • Sylhet

Rujukan

WikiPedia: Bangladesh http://www.banbeis.gov.bd/bd_pro.htm http://www.bangladesh.gov.bd/site/view/division-li... http://bdlaws.minlaw.gov.bd/bangla_pdf_part.php?id... http://www.pmo.gov.bd/constitution/index.htm http://www.arabnews.com/node/264387 http://www.dhakatribune.com/opinion/op-ed/2017/08/... http://www.fiercepharmaasia.com/story/bangladeshs-... http://www.marinelink.com/news/shipbuilding-invest... http://www.photius.com/rankings/geography/populati... http://archive.prothom-alo.com/detail/date/2012-09...