Bangsa_Han
Bangsa_Han

Bangsa_Han


Bangsa Han (Cina Ringkas: 汉族/汉人; Cina Tradisional: 漢族/漢人; pinyin: hànzú atau hànrén) ialah kelompok etnik yang berasal dari China. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia. Terdapat perbezaan genetik, linguistik, kebudayaan, dan sosial yang amat besar antara berbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.