Banjir_Kilat_di_Kuala_Lumpur_2007

Banjir Kilat melanda Kuala Lumpur sehingga mencapai kedalaman 1.8 meter pada hari Ahad, 10 Jun 2007 , jam 6.00 petang hingga 8.00 malam , selama 2 jam akibat hujan lebat.Kawasan utama yang tenggelam ialah Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Kelab Diraja Selangor, Jalan Ipoh, Jalan Masjid India , Masjid Jamek , Stesen LRT Masjid Jamek , Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul. Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Kampung Pandan dan Jalan P Ramlee turut dilanda banjir.Bangunan mahkamah iaitu bangunan Sultan Abdul Samad termasuk Dataran Merdeka sedalam paras pinggang. Air memenuhi bawah Dataran Merdeka dan terpaksa disedut keluar. Tahun 2003 , banyak kereta yang ditempatkan di bawah Dataran Merdeka tengelam selama seminggu kerana air tidak dapat keluar. Air melimpah hingga ke dewan sembahyang Masjid Jamek.