Bank Rakyat
Bank Rakyat

Bank Rakyat

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Jawi: بڠک کرجاسام رعيت مليسيا برحد) atau Bank Rakyat (Jawi: بڠک رعيت) ialah sebuah bank Malaysia yang ditubuhkan pada bulan September 1954 di bawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan gerakan koperasi di negara ini. Bank Rakyat dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Institusi Kewangan Pembangunan (DAFIA 2002) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Bank Rakyat menawarkan produk dan perkhidmatan Perbankan Islam kepada anggota dan juga bukan anggota melalui 146 cawangan, lebih 786 mesin ATM/CDM, 78 Kedai Ar-Rahnu X'Change dan 7 Pusat Perbankan Elektronik di seluruh Malaysia.