Bank Scotland

Bank of Scotland (bahasa Melayu: Bank Scotland) plc adalah sebuah bank perdagangan dan penjelasan, beribu pejabat di North Bank Street, Edinburgh, Scotland. Mula beroperasi pada abad ke-17, ia adalah bank tertua yang masih beroperasi di United Kingdom, dan satu-satunya institusi perdagangan yang ditubuhkan oleh Parliamen Scotland yang masih wujud. Ia juga adalah bank pertama di Eropah yang mencetak nota bank sendiri sehingga hari ini.Sejak 10 September 2001, Bank Scotland membentuk sebahagian dari HBOS plc selepas bergabung dengan Halifax Group (dulunya Halifax Building Society). Bank ini memiliki 50% saham Sainsbury's Bank sementara 50% lagi dimiliki oleh J Sainsbury plc.Pada 17 September 2007, Gabenor dan Syarikat Bank Scotland dikenali sebagai Bank Scotland plc, kesan dari akta HBOS Group Reorganisation Act 2006.