Bank_Bumiputra

Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1965 dengan tujuan memberi pinjaman kepada Bumiputera dalam lapangan perdagangan dan perusahaan.Bank Bumiputera mengalami masalah yang serius pada tahun 1983. Seorang akauntannya dibunuh di Hong Kong yang berkait dengan George Tan, seorang jurutera berasal dari Sarawak, Malaysia yang membuka perniagaan hartanah di Hong Kong bernama Carrian Group.Kecekapannya membuat untung melalui pembangunan hartanah segera menarik ramai pelabur. Beliau dikatakan meminjam sejumlah wang dari Bumiputra Malaysia Finance ,BMF di Hong Hong. Siasiatan mahkamah berkenaan penyalahgunaan dana terhadap beliau, Carrian Group, rakan niaga serta syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan syarikat Carrian Group telah dimulakan pada Oktober 1984. Syarikat tersebut telah muflis dengan tanggungan hutang sebanyak lebih kurang USD$1.2 billion. Kes itu dikenali sebagai 'Carrian Case' dan merupakan kes jenayah terpanjang dalam sejarah perundangan Hong Kong. Kes itu telah berlanjutan selama 17 tahun dan menelan belanja sebanyak HK$210 juta.Sehingga kini keputusan mengenai kes ini masih kabur dan boleh dianggap tak dapat diselesaikan.Kemudian Bank Bumiputera telah digabungkan dengan Rashid Hussain Berhad yang menguasai Development and Commerce Bank di bawah skim penggabungan bank-bank.Kini Bank Bumiputera dikenali sebagai Commerce International Merchant Bank.