Sejarah Bank_Negara_Malaysia

Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu, 1958.[4] Dengan penubuhannya, ia perlu memenuhi 5 objektif iaitu:

  • Untuk mengeluarkan mata wang, Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab menjaga nilai mata wang;
  • Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;
  • Untuk menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang boleh dipercayai, cekap dan lancar dan untuk memastikan dasar pembayaran negara dan sistem penyelesaian untuk manfaat Malaysia;
  • Untuk mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan;
  • Untuk mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara;

Oleh itu, dengan objektif berikut, bank dicipta untuk mengawal ekonomi Malaysia dengan selamat. Matlamat lebih luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, tahap pekerjaan yang tinggi, memelihara kestabilan harga dan satu keseimbangan munasabah dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara, membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.[4]