Bantuan:Memindahkan_laman

Laman boleh dinamakan semula jika tajuk semasa laman itu tidak tepat; ini dipanggil "memindahkan" laman. Untuk memindahkan laman, anda perlu log masuk dengan akaun sah. Lihat Wikipedia:Pengguna yang disahkan secara automatik dahulu jika perlu. Jika anda gagal memindahkan laman, cuba minta bantuan. Jangan cuba memindahkan laman dengan mencipta laman baharu dan menyalin teks daripada laman asal, kerana ini bermaksa versi lama laman ini tidak lagi muncul dalam sejarah laman.