Bantuan:Templat

Templat merupakan satu halaman yang diciptakan khusus untuk transklusi – proses MediaWiki untuk memasukkan isi kandungan suatu laman di dalam halaman yang lain. Apa-apa saja laman boleh ditransklusikan, tetapi templat telah direka khusus untuk tujuan tersebut, biasanya bagi bahan-bahan berulang yang juga mungkin perlu ditampilkan pada beberapa rencana atau laman Wikimedia. Templat lazimnya digunakan bagi pesanan plat dandang, amaran atau notis piawai, kotak maklumat, kotak pandu arah dan yang serupa dengannya.Bagi pengenalan ringkas mengenai perkara berkenaan, sila lihat panduan ringkas bagi templat.
Bagi senarai templat yang biasa digunakan, sila lihat Pesanan templat.