Bao_(filem)

Bao (juga dikenali sebagai Pau) adalah filem pendek animasi komputer yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios. Ia ditayangkan bersama Incredibles 2 pada 15 Jun 2018. Filem ini adalah tentang seorang ibu Cina-Kanada yang berumur dan kesepian yang mengalami sindrom sarang kosong, yang menerima peluang keibuan kedua yang tidak dijangka apabila pau buatannya menjadi hidup. Filem ini meneruskan tradisi memasukkan dalam kredit nama-nama pertama anak-anak kepada pekerja Pixar semasa membuat filem itu, menyenaraikannya sebagai "production baos" (pau-pau penerbit).