Bar_Mitzvah

Bar Mitzvah merupakan suatu upacara wajib yang mesti dilalui oleh setiap kanak-kanak lelaki Yahudi yang sudah mencapai tahap kematangan atau baligh dan membuktikan anak itu telah diterima masuk ke dalam masyarakat Yahudi. Dikatakan apabila seseorang kanak-kanak lelaki yang telah melalui upacara ini telah dikira sebagai dewasa dan mengikut ajaran Yahudi, ibu bapanya tidak lagi menanggung segala dosa dan pahala yang dikerjakan oleh anak tersebut dan anak tersebut bertanggungjawab ke atas segala amal yang dikerjakannya sama ada baik atau buruk. Ia juga bermaksud anak tersebut berhak menjalani cara hidup sendiri dan dapat membezakan baik dan buruk.Amalan ini masih lagi diamalkan oleh masyarakat Yahudi di Israel dan di Amerika Syarikat.Bat Mitzvah adalah upacara yang sama untuk kanak-kanak perempuan Yahudi.