Barack_Obama
Barack_Obama

Barack_Obama

Yayasan ObamaBarack Hussein Obama II (lahir 4 Ogos 1961) ialah bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Beliau merupakan orang Amerika Afrika pertama dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat, serta yang pertama lahir di Hawaii. Sebelum ini, Obama merupakan senator muda dari Illinois sebelum meletakkan jawatan pada 16 November 2008 untuk bertanding dalam pilihan raya presiden. Selepas menang, Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat di Kapitol Amerika Syarikat pada 20 Januari 2009. Pada 9 Oktober 2009 pula, Obama diumumkan sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel 2009 untuk "usaha luar biasanya dalam menguatkan diplomasi antarabangsa dan kerjasama antarabangsa".[1]Obama ialah graduan Columbia University dan Harvard Law School, di mana beliau menjadi presiden kepada jurnal Harvard Law Review. Obama juga pernah bekerja sebagai pengurus komuniti dan membuka praktik guaman sebagai seorang peguam hak asasi sebelum berkhidmat selama tiga penggal dalam Senat Illinois dari tahun 1997 hingga 2004. Beliau mengajar undang-undang perlembagaan di University of Chicago Law School sejak tahun 1992 sampai 2004. Berikutan daripada percubaan yang gagal bagi mendapatkan satu kerusi dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dalam tahun 2000, beliau telah mengumumkan kempennya bagi kerusi Senat A.S. dalam bulan Januari 2003. Selepas kemenangan pertama pada bulan Mac 2004, Obama telah menyampaikan ucapan dasar dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan pada bulan Julai 2004. Beliau telah dipilih mewakili Senat pada bulan November 2004 dengan 70 peratus undi.Sebagai ahli minoriti Demokrat di Kongres ke-109, beliau menyokong sepenuhnya perundangan mengawal senjata konvensional dan memupuk lebih kebertanggungjawaban awam dalam penggunaan dana persekutuan. Beliau juga mengadakan lawatan rasmi ke Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika. Pada Kongres ke-110, Obama telah menyokong perundangan mengenai melobi dan penipuan pengundian, perubahan iklim, pengembangan nuklear, dan kebajikan untuk anggota tentera A.S. yang sudah kembali. Semenjak pengumuman kempen presidennya pada bulan Februari 2007, Obama menekankan penamatan perang Iraq, peningkatan ketidakbersandaran tenaga, dan penyediaan penjagaan kesihatan sejagat sebagai keutamaan negara. Obama mengumumkan dalam kempen presidennya pada bulan Februari 2007, dan telah dipilih secara rasmi dalam Konvensyen Demokratik Kebangsaan 2008 dengan senator dari Delaware, Joe Biden, sebagai calon pasangan beliau.

Barack_Obama

Lahir Barack Hussein Obama II
(1961-08-04) 4 Ogos 1961 (umur 58)
Honolulu, Amerika Syarikat
Didahului oleh Alice Palmer
Tandatangan
Alma mater Occidental College
Columbia College
Harvard Law School
Digantikan oleh Kwame Raoul
Pasangan Michelle Obama (berkahwin 1992)
Parti politik Parti Demokrat
Profesion Peguam
Ahli politik
Anak-anak Malia Ann (lahir 1998)
Natasha (Sasha) (lahir 2001)
Laman sesawang Organizing for Action

Yayasan Obama

The White House(Arkib)
Naib Presiden Joe Biden
Kediaman Kalorama, Washington, D.C.

Rujukan

WikiPedia: Barack_Obama http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a10484401 http://data.rero.ch/02-A013554091 http://www.bncatalogo.cl/F?func=direct&local_base=... http://www.baltimoresun.com/news/nation/politics/c... http://www.barackobama.com/ http://www.chicagoreader.com/obama/951208/ http://www.harpercollins.com/book/index.aspx?isbn=... http://www.nationmedia.com/EastAfrican/01112004/Fe... http://www.nationmedia.com/EastAfrican/01112004/Fe... http://www.newyorker.com/reporting/2007/05/07/0705...