Barah_perut
Barah_perut

Barah_perut

Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.