Barat Laut Pasifik (
Inggeris:
Pacific Northwest; biasanya diringkaskan sebagai
PNW di Amerika Syarikat), juga sekali-sekala dirujuk sebagai
Kaskadia, ialah satu kawasan di barat
Amerika Utara yang disempadani
Lautan Pasifik di sebelah barat dan sedikit-sebanyak oleh
Pergunungan Rocky di sebelah timur. Meskipun tidak terdapat sempadan yang dipersetujui bagi kawasan ini, pandangan umum menyertakan
negeri-negeri Amerika Syarikat iaitu
Oregon dan
Washington, serta
wilayah Kanada British Columbia ke dalam kawasan ini. Pandangan yang lebih luas turut merangkumi
Alaska dan
Yukon di utara,
Kalifornia Utara di selatan, dan
Idaho,
Montana Barat, barat
Wyoming, barat
Alberta sehingga ke
Pembahagi Benua Amerika di sebelah timur. Pandangan yang merangkum kawasan lebih kecil mungkin meliputi kawasan
Barat Laut Amerika Syarikat atau ke kawasan pesisiran pantai barat daripada
Pergunungan Cascade dan
Coast. Banyaknya takrifan bagi sempadan kawasan ini berpunca daripada beberapa kesamaan sejarah, geografi, dan masyarakat kawasan ini, beserta beberapa faktor lain.
Pantai Barat Laut (
Northwest Coast) ialah kawasan pantai Barat Laut Pasifik, manakala
Penara Barat Laut (
Northwest Plateau) (juga biasanya dikenali sebagai "
Pedalaman British Columbia" ("The Interior") di British Columbia
[1] dan
Empayar Pedalaman di Amerika Syarikat) ialah kawasan pedalaman. Istilah "Barat Laut Pasifik" jangan dikelirukan dengan
Kawasan Barat Laut (juga dikenali sebagai Great Northwest, satu istilah lama di Amerika Syarikat) atau
Kawasan-kawasan Barat Laut di
Kanada.Kawasan metropolitan terbesar rantau ini ialah
Seattle Raya, Washington dengan jumlah penduduk seramai 3.9 juta orang;
[2] Vancouver Raya, British Columbia dengan 2.4 juta penduduk;
[3] dan
Portland Raya, Oregon dengan 2.2 juta penduduk.
[4]Aspek utama Barat Laut Pasifik ialah
sempadan antarabangsa Amerika Syarikat–Kanada, yang dimeterai oleh Amerika Syarikat dan
United Kingdom ketika mana rantau ini kebanyakan penduduknya terdiri daripada
orang-orang asli Amerika. Sempadan ini — yang terletak di dua seksyen, satu di sepanjang selarian ke-49 selatan daripada British Columbia, serta di Panhandle Alaska di barat utara British Columbia — telah memberi impak yang besar terhadap rantau ini. Menurut sejarawan Kanada
Ken Coates, sempadan ini bukan sekadar memberi kesan terhadap Barat Laut Pasifik, sebaliknya "sejarah dan karakter rantau ini telah ditentukan oleh sempadan tersebut".
[5]