Barisan_Kemajuan_India_Se-Malaysia
Barisan_Kemajuan_India_Se-Malaysia

Barisan_Kemajuan_India_Se-Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Barisan Kemajuan India Se-Malaysia atau All Malaysian Indian Progressive Front (IPF) atau (AMIPF), telah diasaskan pada 1990 oleh Tan Sri M.G. Pandithan, bekas Naib Presiden parti Kongres India Malaysia (MIC) selepas perbalahannya dengan presiden MIC, Dato Seri S. Samy Vellu pada 1988 dan pemecatannya kemudian.Semasa awal penubuhannya pada awal 1990an, IPF telah menyokong dan menyertai pakatan pembangkang Gagasan Rakyat yang diterajui Tengku Razaleigh Hamzah dari Parti Melayu Semangat 46. Tetapi setelah Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan UMNO pada 1996, IPF telah beralih menyokong gabungan Barisan Nasional[2][3][4][5][6] dan telah beberapa kali gagal mencuba memohon menyertai gabungan itu tetapi masih sentiasa menaruh harapan tinggi untuk menyertai gabungan parti pemerintah kerajaan itu sehingga kini meskipun presiden dan pengasasnya Tan Sri M.G. Pandithan, telah meninggal dunia pada 29 May 2008 dan kepimpinan IPF diambil-alih balunya, Puan Sri Jayashree Pandithan sebagai presiden IPF yang kedua.[7]

Barisan_Kemajuan_India_Se-Malaysia

Diasaskan 1990
Ibu pejabat 53, Jalan Sr 1/9, 43300 Seri Kembangan,
Selangor Kuala Lumpur
Tel: 03-8945 8454 [1]
Ketua Puan Sri Jayashree Pandithan
Presiden Datuk M. Sambanthan