Baroque
Baroque

Baroque

Baroque atau Barok (nama ini diterbitkan dari kata sifat dalam bahasa Perancis yang diambil dari kata benda bahasa Portugis "barroco") ialah istilah untuk suatu tempoh kesenian dan gaya seni yang mendominasinya. Gaya Baroque menggunakan gerak yang dilebih-lebihkan dan maklumat yang jelas dan mudah ditafsirkan untuk menghasilkan drama, ketegangan, semangat yang hidup dan keagungan dalam seni patung, lukisan, sastera, dan muzik. Gayanya telah dimulakan sekitar tahun 1600 di Rom, Itali dan telah tersebar ke sebahagian besar wilayah Eropah. Dalam muzik, gaya Baroque dikenakan pada tempoh terakhir dari dominasi kaunterpoin yang imitatif.