Batu_Bersurat_Kota_Kapur

Batu Bersurat Kota Kapur.Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an.Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K. van der Meulen di Kota Kapur, sebuah pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Berbeza daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dijumpai jauh dari Palembang. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut. Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat.Secara ringkasnya, kandungan Batu Bersurat Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.