Batu_Enam
Batu_Enam

Batu_Enam

Batu Enam atau disebut Batu Anam merupakan pekan kecil yang terletak di Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Batu Enam dikelilingi oleh estet kelapa sawit dan ladang getah. Kebanyakan penduduk di pekan ini bekerja sebagai penjawat awam, petani, peniaga dan bekerja sendiri.Terdapat tiga buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah di Batu Anam.Sekolah Kebangsaan Batu Anam menamatkan operasi pada 2009 sebelum berpindah di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan.Selain itu pekan ini juga menempatkan Kolej Komuniti Segamat 2 ,Pusat Latihan Polis Segamat dan Institut Latihan MARA. Universiti Teknologi MARA cawangan Johor juga terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari pekan Batu Anam.Terdapat beberapa buah kampung dan taman-taman perumahan di Batu Anam. Antaranya :-