Batu_Gajah,_Perak
Batu_Gajah,_Perak

Batu_Gajah,_Perak

Koordinat: 4°28′N 101°03′E / 4.467°N 101.050°E / 4.467; 101.050Batu Gajah, Perak merupakan sebuah bandar di negeri Negeri Perak. Bandar Batu Gajah terletak berhampiran dengan bandaraya Ipoh, Tanjung Tualang, Tronoh, Keledang, Pusing, Simpang Pulai dan lain-lain.Batu Gajah terletak kira-kira 24 km dari Ipoh dan terletak di dalam mukim Sungai Terap di dalam daerah Kinta. Di sini juga terdapat Kawasan Perusahaan Bemban. Kedudukannya dalam peta ialah pada latitud 4.4666667 Utara dan longitud 101.05 Timur. Batu Gajah terletak pada ketinggian 144 meter dari aras laut. Ia terletak di tebing Sungai Kinta dan menghilir sedikit dari kuala Sungai Raya. Batu Gajah bermula sebagai sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang dibangunkan di bawah kepimpinan penghulu yang digelar Sri Amar Diraja semenjak awal kurun ke-19.Pada asalnya, petempatan di Batu Gajah dicatatkan bermula di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Sungai Terap.Sultan Perak yang ke-34, iaitu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah, telah dilahirkan di Batu Gajah serta bersekolah di Sekolah Sultan Yussuff, Batu Gajah.