Batu_rune
Batu_rune

Batu_rune

Batu rune (runestone) ialah sebarang batu besar atau batu tongkol yang didirikan dengan tulisan runik terpahat pada permukaan ia. Ia biasanya didirikan dalam kalangan masyarakat kuno Scandinavia. Binaan sebegini wujud sejak abad ke-4 lalu berterusan hingga abad ke-12, namun artifak yang selamat sijumpai ditarikhkan dari sejak Zaman Viking Lewat. Kebanyakan batu-batu ini dirikan antara tahun 950 dan 1100 Masihi di mana binaan sebegini dapat dijumpai di Sweden serta juga di Denmark dan Norway.[1]Batu ini didirkan atas tujuan menandakan kawasan yang diteroka, menyatakan salasilah keluarga, menghebahkan mengenai khabar dan kejadian semasa serta memperingati tokoh terkenal tertentu yang sudah meninggal dunia.[2]