Bawang
Bawang

Bawang

Bawang ialah suatu bebawang dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga.Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih[1] dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk.[2] Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan.[2][3]