Bawang_putih
Bawang_putih

Bawang_putih

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan. [1]Bawang putih mempunyai daun yang panjang dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai sebiji bebawang, bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang.Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.[2] Ia berasal dari tumbuhan liar yang kemudiannya dibiakbakakan.Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.