Bayan_Lepas
Bayan_Lepas

Bayan_Lepas

Bayan Lepas merupakan sebuah bandar kedua besar Pulau Pinang, Malaysia bersama-sama Glugor. Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang adalaah terletak di Bayan Lepas ini.Bayan Lepas adalah menjadi hub perindustrian Pulau Pinang, menjadi Zon Bebas Perindustrian, di mana kilang-kilang kepunyaan syarikat antarabangsa turut terletak di sini. Menara SUNTECH terletak di sini. Pusat membeli-belah terpanjang dan terbesar di Pulau Pinang, Queensbay Mall, Kompleks Bukit Jambul, dan Giant Hypermarket juga terdapat di sini. Bayan Lepas boleh dihubungkan ke bandaraya George Town melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Tokong Ular terletak di sini. Populasi penduduk di Bayan Lepas mencecah 141,000 orang. Bayan Lepas sekarang memperoleh pembangunan yang pesat di Pulau Pinang. Terdapat banyak kondominium baru, tapak perumahan secara terkini berada dalam pembinaan di kawasan ini.Queensbay Mall juga telah dibina dekat Bayan Lepas ini bagi memajukan ekonominya. Jejambat terus sampai ke Batu Maung juga telah siap digunakan di sini.Menjelang musim cuti sekolah, larian jambatan Pulau Pinang adalah diadakan dekat Queensbay sini menjadikan titik permulaan. Jambatan Pulau Pinang adalah terletak dekat sahaja dari Bayan Lepas.Koordinat: 5°17′N 100°16′E / 5.283°N 100.267°E / 5.283; 100.267

Bayan_Lepas

Diasaskan 1956
• Musim panas (DST) Tidak ditentukan
Zon waktu UTC+8 (MST)
Negeri Pulau Pinang
Negara Malaysia
• Jumlah 141,000
Ketinggian 4 m (13.1 ft)