Bazli_Hazwan_bin_Che_Osman
Bazli_Hazwan_bin_Che_Osman

Bazli_Hazwan_bin_Che_Osman

Bazli Hazwan bin Che Osman dilahirkan pada (1984-09-08) 8 September 1984 (umurĀ 35). Beliau yang lebih dikenali sebagai Bazli merupakan satu-satunya anggota asal UNIC yang masih bertahan sehingga kini yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia yang menyampaikan lagu berirama nasyid. Dilahirkan di Perlis dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor. Merupakan graduan lulusan diploma Al-Quran & Sunnah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam Ijazah Usuluddin.Beliau juga merupakan anak sulung daripada 8 adik-beradik di mana mempunyai 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Berasal dari keluarga pendidik, beliau turut berbakat dalam mengubah lirik lagu dalam album UNIC itu sendiri dengan menambahkan perkataan Di di depan bait ayat Atas Nama Cinta.