Becquerel

Becquerel (disebut [bé-kĕ-rél], simbol Bq) adalah unit terbitan SI bagi keradioaktifan yang ditakrifkan sebagai aktiviti sejumlah bahan radioaktif dalam mana satu nukleus mereput setiap saat. Oleh itu, nilai unit ini bersamaan dengan s-1.Unit ini dinamakan sempena Henri Becquerel, pemenang bersama Hadiah Nobel Fizik tahun 1903 dengan pasangan suami isteri Curie atas pembabitan mereka dalam penemuan keradioaktifan.[1]