Budaya Beijing

Rencana utama: Kebudayaan Beijing
Gereja Wangfujing

Kebudayaan Beijing amat sangat kaya, suatu hakikat daripada petempatan manusia ribuan tahun di kawasan Beijing kini sejak abad ke-1 SM lagi. Anak kelahiran bandar Beijing menuturkan dialek Beijing yang tergolong dalam bahasa pertuturan Mandarin. Dialek Beijing ialah asas kepada bahasa Mandarin Baku, bahasa yang digunakan di tanah besar China, Taiwan, dan Singapura.

Opera Beijing, atau opera Peking (Jingju), terkenal di seluruh ibu negara. Sering dipuji sebagai salah satu pencapaian tertinggi budaya Cina, ia dipersembahkan melalui penggabungan lagu, dialog pertuturan, dan urutan gerak-geri tetap seperti gerak isyarat, pergerakan, perlawanan, dan gerak akrobatik. Kebanyakan opera Beijing dipersembahkan dalam dialek pentas kuno yang agak berbeza dengan bahasa Mandarin Baku moden dan dialek Beijing.[30]

Tarikan pelancong

Tarikan pelancong di Beijing sahaja banyak, dengan yang paling terkenal merupakan bentangan Badaling di Tembok Besar China, serta juga Kuil Syurga, Tiananmen, dan Kota Larangan, selain daripada sebilangan kuil, hutong, taman, dan tinggalan zaman kuno. Terdapat juga beratus-ratus muzium di Beijing.[31][32] Beijing juga dikenali untuk siheyuan (rumah berlaman dalam) dan hutong (lorong), meskipun kesemua itu semakin hilang, akibat pertumbuhan pembinaan bandar raya yang menggantikannya dengan bangunan tinggi. Bandar raya Beijing mempunyai sebilangan kawasan kejiranan shiheyuan yang dipelihara dengan baik, termasuk sesetengah rumah berlaman dalam yang tersegam megah seperti Rumah Agam Putera Gong.

Rujukan

WikiPedia: Beijing http://www.tirana.gov.al/common/images/Internation... http://www.bjreview.com.cn/quotes/txt/2008-03/04/c... http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/co... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-03/01/conte... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-04/16/conte... http://english.people.com.cn/data/province/beijing... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9078... http://english.cri.cn/1702/2005-2-18/119@169894.ht... http://www.beijing.gov.cn http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t98943...