Ekonomi Beijing

Rencana utama: Ekonomi Beijing
Jalan Kewangan Beijing, pusat ekonomi BeijingPusat Perniagaan Pusat Beijing, dengan SOHO Jianwai, Yintai, Pejabat induk CCTV, Jingguang.

Beijing adalah antara bandar raya yang paling maju serta juga bandar raya pasca-perindustrian yang pertama di China,[17] dengan industri peringkat ketiganya merupakan 73.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China.

Industri kewangan ialah salah satu industri Beijing yang paling penting.[18] Menjelang akhir 2007, Beijing memiliki 751 buah pertubuhan kewangan yang bersama-sama menjanakan hasil sebanyak 128.6 bilion RMB, iaitu 11.6% daripada seluruh hasil industri kewangan negara. Angka itu juga merupakan 13.8% daripada KDNK Beijing, suatu peratusan yang tertinggi antara kesemua bandar raya Cina.[19] Kawasan Beijing menampung 26 buah syarikat Fortune Global 500 yang merupakan bilangan ketiga tertinggi di seluruh dunia, selepas Tokyo dan Paris.

Daerah Pusat Perniagaan Beijing yang berpusat di kawasan Guomao telah dikenal pasti sebagai daerah pusat perniagaan baharu. Jalan Kewangan Beijing di kawasan Fuxingmen dan kawasan Fuchengmen merupakan pusat kewangan tradisional, manakala kawasan Wangfujing dan kawasan Xidan merupakan daerah beli-belah yang utama.

Kawasan perindustrian utama termasuk Shijingshan yang terletak di pinggiran barat bandar raya.[20] Zhongguancun yang diberi gelaran "Silicon Valley China" merupakan pusat utama untuk industri-industri yang berkaitan dengan elektronik dan komputer, serta juga penyelidikan bahan farmaseutik. Di samping itu, Yizhuang yang terletak di bahagian tenggara bandar semakin merupakan pusat yang baharu untuk bahan farmaseutik, teknologi maklumat, dan kejuruteraan bahan.[21]

Beijing semakin terkenal kerana usahawannya yang inovatif serta pertumbuhan syarikat baharu yang tinggi. Budaya ini disokong oleh sebuah komuniti besar yang terdiri daripada kedua-dua firma modal usaha niaga Cina dan firma modal usaha niaga asing. Walaupun Shanghai dilihatkan sebagai sebuah pusat ekonomi China, ini biasanya berdasarkan bilangan perbadanan besar yang berpusat di sana dan bukannya sebagai pusat keusahawanan Cina.

Rujukan

WikiPedia: Beijing http://www.tirana.gov.al/common/images/Internation... http://www.bjreview.com.cn/quotes/txt/2008-03/04/c... http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/co... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-03/01/conte... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-04/16/conte... http://english.people.com.cn/data/province/beijing... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9078... http://english.cri.cn/1702/2005-2-18/119@169894.ht... http://www.beijing.gov.cn http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t98943...