Pengangkutan Beijing

Bas sambungan berhawa dingin yang beroperasi di Laluan 1 Alihan Laju Bas Beijing

Dengan pertumbuhan bandar raya menyusuli pembaharuan ekonomi, Beijing telah berkembang menjadi sebuah pusat pengangkutan yang terpenting di Republik Rakyat China, serta juga di kawasan Asia Timur yang lebih luas. Bandar raya ini memiliki:

Beijing dihubungkan dengan rangkaian jalan raya dari semua kawasan di China sebagai sebahagian daripada Rangkaian Jalan Raya Negara. Pengangkutan di Beijing sangat bergantung kepada lima "jalan pekeliling" yang mengelilingi berturut-turut bandar raya itu. Salah satu masalah lalu lintas yang terbesar di Beijing ialah kesesakan lalu lintas yang sentiasa ada, walaupun pada tahun-tahun kebelakangan ini, Sistem Pengangkutan Cerdas (ITS) telah dilaksanakan di banyak kawasan. Menerukkan lagi masalah lalu lintas Beijing ialah sistem alihan massanya yang kurang maju.

Sistem Laluan Bawah Tanah Beijing dibuka pada tahun 1971 dan kini mempunyai 9 laluan, iaitu 4 laluan di bawah tanah dan 5 laluan di atas. Sistem pengangkutan yang amat besar ini terdiri daripada hampir 700 laluan bas dan bas troli (bas elektrik) pada tahun 2008, termasuk tiga laluan alihan laju bas.[33] Tambang bas ditetapkan pada kadar sama rata sebanyak 2 yuan untuk kesemua laluan, kecuali Lebuhraya Lapangan Terbang.

Beijing telah lama merupakan pusat kereta api yang terbesar di China. Stesen Keretapi Selatan Beijing yang berteknologi paling moden dibuka semula pada Ogos 2008, dan bertindak sebagai stesen Beijing untuk kesemua kereta api laju tinggi China Railway High-speed (CRH), termasuk kereta api laju tinggi Beijing-Tianjin, perkhidmatan kereta api penumpung tetap yang paling laju di dunia. Kesemua kereta api antarabangsa ke bandar-bandar raya di Mongolia, Rusia, Vietnam, dan Korea Utara juga melalui Beijing.

Rujukan

WikiPedia: Beijing http://www.tirana.gov.al/common/images/Internation... http://www.bjreview.com.cn/quotes/txt/2008-03/04/c... http://www.china.com.cn/economic/txt/2008-03/20/co... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-03/01/conte... http://www.chinadaily.com.cn/cndy/2008-04/16/conte... http://english.people.com.cn/data/province/beijing... http://english.peopledaily.com.cn/90001/90776/9078... http://english.cri.cn/1702/2005-2-18/119@169894.ht... http://www.beijing.gov.cn http://zhengwu.beijing.gov.cn/xwfbh/bmqxfbh/t98943...