Belanjawan_Malaysia_2010

Bajet Malaysia 2010 adalah satu belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 23 Oktober 2009. Tema bajet ini ialah '1Malaysia, Kemakmuran Bersama'. Bajet ini merupakan yang pertama dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selepas dilantik sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.