Bell_212
Bell_212

Bell_212

Helikopter Bell 212 Twin Huey merupakan helikopter sederhana dengan kipas dua bilah, engin kembar dan pertama kali terbang pada 1968. Dikeluarkan oleh syarikat Bell Helicopter di Mirabel, Quebec, Kanada. Bell 212 digunakan untuk penerbangan awam dan tempat duduk boleh dilaraskan kepada 14 kerusi penumpang dan 1 juruterbang. Untuk tujuan pengangkutan kargo, helikopter ini boleh mengangkut 6.23 m³ hingga 5,000 lb (2,268 kg).