Bell_47
Bell_47

Bell_47

Bell 47 merupakan helikopter pertama disahkan bagi kegunaan awam, pada 8 Mac 1946.[1][2] Ia sebahagian besarnya direka oleh Arthur M. Young, yang menyertai Bell Helicopter pada 1941. Lebih dari 5,600 dihasilkan sehingga 1974, termasuk 1,200 bawah lesen di Itali, 239 di Jepun, dan 239 di UK. Ia juga merupakan pesawat berkipas pilihan bagi latihan penerbangan berkipas asas selama beberapa dekad dan di sesetengah negara masih menggunakannya.Helikopter Bell 47 memasuki perkhidmatan tentera U.S. pada akhir 1946, dalam pelbagai versi dan nama selama tiga dekad. Dalam Perang Korea (1950-1953) ia digelar H-13 Sioux oleh Tentera Amerika Syarikat, kemuncak dalam kerjaya luasnya.