Bell_ARH-70
Bell_ARH-70

Bell_ARH-70

Bell ARH-70 adalah sebuah helikopter pengawasan bersenjata ringan, berenjin tunggal dengan rotor utama empat bilah yang dibangunkan untuk program Helikopter Pengawasan Bersenjata (ARH) Tentera Darat Amerika Syarikat. Ia boleh memuatkan krew seramai dua orang dan direka bagi pertempuran optimum di kawasan bandar. ARH-70 telah war-warkan akan mengantikan armada helikopter OH-58D Kiowa Warrior yang telah usang dalam perkhidmatan Tentera Darat AS. Kelewatan yang berpanjangan dan peningkatan kos program telah memaksa program pembangunan helikopter ini di batalkan pada 16 Oktober 2008, apabila Jabatan Pertahanan gagal untuk menyakinan Kongres AS. ARH-70 dikatakan akan dibina dengan teknologi yang telah tersedia; kerangkanya berasaskan helikopter Bell menggagumkan iaitu Bell 407. Kenyataan akhbar Tentera Darat AS dan laporan media kadang kala merujuk ARH-70 dengan nama Arapaho,[1] akan tetapi pihak tentera darat tidak pernah mengumumkan nama ini sebagai nama popular rasminya.

Bell_ARH-70

Status Dibatalkan
Penerbangan sulung 20 Julai 2006
Dibangunkan dari Bell 407
Peranan Helikopter pengawasan bersenjata
Jumlah dibina 4 (prototaip)
Pengeluar Bell Helicopter