Bell_Aircraft
Bell_Aircraft

Bell_Aircraft

Bell Aircraft Corporation adalah sebuah pengeluar pesawat dari Amerika Syarikat, yang telah mengeluarkan beberapa jenis pesawat pejuang semasa Perang Dunia II. Ia terkenal kerana menghasilkan Bell X-1, pesawat supersonik pertama di dunia serta membangunkan dan mengeluarkan banyak helikopter utama bagi kegunaan awam dan ketenteraan. Bell juga membangunkan Sistem Kawalan Reaksi untuk kapal angkasa Mercury dan Bell Rocket Belt. Syarikat ini telah dibeli oleh Textron pada tahun 1960, dan kemudian dikenali sebagai Bell Helicopter.

Bell_Aircraft

Industri Aeroangkasa
Perancang utama Lawrence Bell
Ibu pejabat Buffalo, New York
Laman sesawang www.bellflight.com
Keluaran P-39 Airacobra, Bell X-1
Ditubuhkan 10 Julai, 1935
Pengganti Bell Helicopter
Dibubarkan 1960
Jenis terdahulu Pengeluar pesawat