Bell_Helicopter

Bell Helicopter Textron adalah sebuah pengeluar helikopter dan pesawat rotor sendeng yang berpusat di Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat. Sebagai sebuah divisyen Textron, Bell mengeluarkan helikopter tentera dan produk rotor sendeng di dan sekitar Fort Worth, selain di Amarillo, Texas, dan prodk-produk pesawat rotor komersil di Mirabel, Quebec, Kanada. Selain itu, Bell juga menyediakan latihan dan perkhidmatan sokongan di seluruh dunia.