Kerjaya Bella_Dally

Bella Dally memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau menduduki tempat keempat.

Drama pertama lakonannya ialah Qalesya musim kedua yang dibintangi oleh Elfira Loy, disiarkan di Astro Prima pada 2010, diikuti oleh drama pendidikan, 6 Progresif lakonan Zahiril Adzim, Nas-T dan Faralyna Idris.[6] Bella membuat penampilan filem cereka pertama menerusi filem dokumentari seram pada 2011, Seru arahan bersama Pierre Andre dan Woo Ming Jin terbitan Tayangan Unggul.[7]

Pada pertengahan 2012, Bella menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama siri drama Friday I'm In Love bersama Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza dan Nelydia Senrose.[8] Beliau digandingkan bersama Atikah Suhaime dan Intan Ladyana dalam siri drama Dewi Lasak arahan Pierre Andre yang bersiaran di TV3.[9][10]

Bella diberi kepercayaan oleh pengarah Along Kamaludin untuk memegang watak Natrah menerusi drama biopik 13 episod, Natrah yang disiarkan di RTM TV1 bermula 6 Disember 2012.[11] Beliau memegang watak utama sebagai Maria Huberdina Hertogh pada zaman mudanya.[12] Pada 21 Mac 2013, Bella memegang watak Erna dalam filem Gila-Gila Remaja 2 yang dibintangi oleh Hairul Azreen dan Faralyna Idris, ia juga merupakan kesinambungan daripada filem asal 1985 dengan judul sama yang dibintangi oleh Faizal Hussein.[13]

Bella berlakon bersama Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan pelakon Filipina Jericho Rosales dalam telenovela Kusinero Cinta; memegang watak sebagai Justina.[14] Beliau dilantik sebagai duta produk Muslimah, Ariani,[15] seterusnya melancarkan jenama tudung sendiri Bella Dally by Ariani.[16] Beliau memegang watak sebagai Maya, seorang wanita misteri dalam filem cereka sains Desolasi arahan Syafiq Yusof, filem ini ditayangkan pada 8 Disember 2016 dan menggandingkan beliau bersama Syamsul Yusof memegang watak Aiman.[17][18][19]

Bella memegang watak pembantu sebagai Hawa dalam siri drama patriotik enam episod, Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Projek TV beliau seterusnya ialah menerusi watak lakonannya sebagai gadis bisu bernama Siti Nailufar dalam drama Makmum Yang Paling Aku Cinta, lakonan bersama Nazrief Nazri.[20]

Rujukan

WikiPedia: Bella_Dally http://www.azhan.co/biodata-bella-dally-artis-kacu... http://www.agendadaily.com/Hiburan/kisah-duta-buti... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/bella-dal... http://www.budiey.com/drama-bersiri-friday-im-in-l... http://www.budiey.com/natrah-versi-drama-bersiri-l... http://www.budiey.com/sinopsis-trailer-poster-file... http://www.imdb.com/name/nm5829581/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penanga... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&d...