Bendera_Côte_d'Ivoire
Bendera_Côte_d'Ivoire

Bendera_Côte_d'Ivoire

Bendera Côte d'Ivoire mengunakan konsep yang sama dengan bendera Perancis, dimana konsep tiga jalur warna tegak digunakan. Secara rasminya, bendera ini digunakan pada 3 Disember, 1959[1].Penggunaan warna bendera negara adalah sama dengan bendera Republik Ireland, dimana kedudukan warnanya diterbalikkan. Bendera negara ini menterbalikkan warna jingga disebelah kiri, manakala warna jingga bendera Ireland disebelah kanan. Dengan ini, penggunaan warna hijau disebelah kanan (belah bendera berkibar), adalah sama dengan warna penggunaan bendera Itali.Warna jingga digunakan bagi memberi maksud kawasan savana yang terletak diutara negara ini, dan ia juga membawa maksud kesuburan. Warna hijau pula, bermaksud harapan dan mewakili kawasan hutan dipesisiran pantai diselatan Cote d'Ivoire. Warna putih, bermaksud keamanan dan mengkiaskan kepada sungai-sungai dinegara ini.