Bendera_Iran
Bendera_Iran

Bendera_Iran

Bendera Iran pada masa sekarang diperkenalkan selepas Revolusi Iran pada 29 Julai, 1980. Pertukaran bendera ini mencerminkan perubahan dalam negara Iran selepas revolusi itu.Bendera ini terdiri daripada tiga jalur iaitu jalur hijau di atas sekali, jalur putih di tengah dan jalur merah di bawah. Ini merupakan rekaan asal bendera Iran yang telah digunakan sejak awal abad ke-20. Warna Hijau itu melambangkan warna Islam dan warna ini digunakan di negara-negara Islam lain seperti Pakistan. Perubahan lain yang dilakukan selepas revolusi Iran ialah penggantian simbol di tengah-tengah bendera ini.Di tengah-tengah bendera Iran hari ini, terdapat ukiran geometrik yang simetrik yang diubahsuai daripada perkataan Allah. Ia direka oleh Hamid Nadimi dan diluluskan oleh Ayatollah Khomeini pada 9 Mei, 1980. Simbol ini terdiri daripada empat bulan sabit dan sebatang pedang. Empat bulan sabit dan pedang itu membentuk perkataan Allah: dari kanan ke kiri, bulan sabit pertama adalah 'Alif', kedua ialah 'Lam' , pedang di tengah-tengah melambangkan 'Lam' kedua, bulan sabit ketiga dan keempat membentuk 'Hah'. Di atas pedang ini pula terdapat tanda tashdid. Pedang ini turut melambangkan kekuatan dan kedaulatan Iran. Lambang ini seakan-akan membentuk bunga tulip merah, dan ia dipilih bagi mengingati korban pemuda-pemudi Iran dalam mempertahankan Iran dalam peperangan.Perubahan lain yang diperkenalkan ialah ukiran tulisan berwarna putih di sepanjang bawah jalur hijau dan di sepanjang atas jalur merah. Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah takbir Allahu Akbar: Allah Maha Besar. Ia di ulang sebanyak 22 kali, 11 di atas dan 11 di bawah. Angka 22 ini bermaksud hari ke 22 dan bulan ke 11 mengikut kalender Bahman (Kalender Parsi) , tarikh dimana Revolusi Iran terjadi (22 Bahman 1357 = 11 Februari, 1979).