Bendera_Iraq
Bendera_Iraq

Bendera_Iraq

Bendera Iraq memiliki empat buah rekabentuk yang berlainan sejak terdirinya negara Iraq pada tahun 1921. Walaupun situasi terkini kurang jelas, versi bendera yang digunakan oleh kerajaan Iraq sekarang merupakan variasi kecil bendera yang digunakan sewaktu pemerintahan Saddam Hussein pada 1991.Sebuah bendera dengan rekabentuk yang baru telah dicadangkan pada April 2004 tetapi tidak pernah diterima. Semasa berjalannya majlis angkat sumpah kerajaan interim baru pada 28 Jun 2004, didapati bendera negara yang digunakan pada majlis itu serupa dengan bendera tahun 1991 tetapi dengan kekata "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar) ditulis dengan khat yang berlainan. Bendera terkini memaparkan tulisan dalam khat Kufi, bertentangan dengan tulisan sendiri Saddam Hussein yang terdapat di bendera tahun 1991.