Benito_Juarez
Benito_Juarez

Benito_Juarez

Benito Pablo Juárez García (IPA [be'nit̪o 'paβ̞lo 'xwaɾes gaɾ'sia]) (21 Mac 180618 Julai 1872) merupakan seorang Zapotec yang berkhidmat selama lima penggal (18581861), (18611865), (18651867), (18671871) dan (18711872), sebagai Presiden Mexico. Kerana menentang penjajahan Perancis, menggulingkan empayar tersebut dan mengembalikan republik, serta usahanya memodenkan Mexico, Juárez sering dianggap sebagai pemimpin terulung dan paling disayangi Mexico. Dia merupakan satu-satunya rakyat asli jati yang pernah menjadi Presiden Mexico.