Berlin
Berlin

Berlin

Berlin ialah ibu negara Jerman yang merupakan bandar raya terbesar di negara itu dari segi keluasan dan jumlah penduduk, serta bandar raya yang kedua terbesar dan yang terpadat di Kesatuan Eropah.Kini, Berlin merupakan salah satu pusat politik, budaya, dan sains Eropah yang terpengaruh. [1][2] Bandar raya ini bertindak sebagai persimpangan yang penting dalam pengangkutan negara dan benua, dan merupakan destinasi pelancongan dan membeli-belah yang utama serta dikenali untuk berbagai-bagai tempat konvensyen dan saluran keluar media. [3][4][5] Berlin ialah tempat asal untuk sebilangan universiti, pusat pendidikan penyelidikan, teater, dan muzium yang terutama di dunia. [6]Metropolis ini yang berubah dengan begitu pesat kini telah mencapai reputasi antarabangsa lantaran perayaan, hiburan malam, seni bina semasa dan seni-seni avant-garde. [7][8] Sebagai tempat tinggal untuk pelbagai orang dari lebih 180 buah negara, Berlin ialah 'magnet' untuk orang-orang yang tertarik kepada gaya hidup yang liberal, eklektisisme bandar, dan kebebasan kesenian. [9] [10]Dicatatkan buat pertama kalinya pada abad ke-13, Berlin merupakan ibu kota Kemaharajaan Prusia pada tahun 1701, Empayar Jerman pada tahun 1871, dan terus memainkan peranan sebagai ibu kota semasa Republik Weimar serta Reich Ketiga sehingga 1945. Pada masa pembahagian, Republik Demokratik Jerman menuntut Berlin Timur sebagai ibu negaranya, sedangkan Berlin Barat merupakan pulau demokrasi yang dikelilingi oleh Jerman Timur. Menyusul Penyatuan semula Jerman pada tahun 1990, Berlin sekali lagi menjadi ibu negara Jerman.

Berlin

Zon masa CET (UTC+1)
- Metro 5,955,532
Kod kawasan 30
- Regierender Bürgermeister
- Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
- Datuk bandar Michael Müller (SPD)
- Bandar 3,440,440
- Kaw. perbandaran 3,700,000

Rujukan

WikiPedia: Berlin http://germany.archiseek.com/brandenburg/berlin/be... http://www.erasmuspc.com/index.php?option=com_cont... http://www.exberliner.com http://www.iccaworld.com/npps/story.cfm?ID=1056 http://travel2.nytimes.com/2004/12/12/travel/12sur... http://travel2.nytimes.com/2005/02/17/arts/design/... http://travel2.nytimes.com/2005/03/13/travel/13ber... http://www.nytimes.com/2006/09/23/world/europe/23w... http://www.time.com/time/europe/html/050516/wowere... http://www.western-allies-berlin.com/historic-even...