Bersanding
Bersanding

Bersanding

Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin. Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin itu ada kerusi yang dihias cantik.Jika tiada acara bersanding, majlis perkahwinan tidak akan sempurna dan tidak ramai yang sudi menghulurkan wang sumbangan. Tetamu di bandar sanggup menghulurkan wang RM50 - RM100 jika majlis diadakan di dewan bersama persembahan yang meriah.Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu ramai di bawah khemah atau dewan. Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan 'detik abadi' yang patut dikenang.Bersanding melibatkan 3 atau empat peringkat seperti berikutĀ :

Berkaitan