Bertrand_Russell
Bertrand_Russell

Bertrand_Russell

Bertrand Arthur William Russell, 3rd Earl Russell, (18 Mei 1872 – 2 Februari 1970) ialah seorang ahli falsafah, logik matematik, matematik, sejarah dan pengkritik sosial British.[1] Dalam beberapa detik kehidupannya, beliau menganggap dirinya sebagai seorang liberal, sosialis, dan pencinta damai. Beliau dilahirkan di Monmouthshire, ke dalam keluarga bangsawan Britain.[2]Russell mengetuai "revolusi British terhadap idealisme" pada wal abad ke-20. Beliau dianggap seorang daripada pengasas falsafah analitik bersama-sama pendahulunya, Gottlob Frege dan anak didiknya Ludwig Wittgenstein. Beliau juga dianggap sebagai ahli logik terunggul abad ke-20.[1] Bersama-sama A. N. Whitehead, beliau menghasilkan Principia Mathematica, satu percubaan untuk meletakkan logik sebagai asas matematik. Esei falsafahnya On Denoting dianggap sebuah "paradigma falsafah."[3] Karyanya mempengaruhi logic, matematik, teori set, linguistik, sains komputer, dan falsafah, khususnya falsafah bahasa, epistemologi, dan metafizik.Russell seorang aktivis anti-perang dan anti-imperialisme,[4][5] dan dipenjarakan kerana kempen anti-perangnya semasa Perang Dunia Pertama.[6] Kemudian, beliau berkempen menentang Adolf Hitler, mengkritik sistem totalitarian Stalin, menyerang penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Vietnam, dan menyokong kuat pergerakan pelucutan senjata nuklear.[7] Dalam tahun 1950 Russell dikurniakan hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan sebagai "pengiktirafan penulisan yang pelbagai dan bernilai yang memperjuangkan cita-cita kemasnusiaan dan kebebasan fikiran]]"[8]