Sejarah Bestie_(kumpulan_muzik)

Pra–kemunculan pertama

Hyeyeon, UJi dan Haeryung pada asalnya membuat kemunculan bersama kumpulan wanita AB Entertainment, EXID. Bersama EXID, mereka mengeluarkan lagu single, "Holla" ("Whoz That Girl"). Ketiga-tiga ahli ini mempromosi bersama kumpulan ini selama dua bulan. Mereka kemudiannya meninggalkan kumpulan ini atas sebab peribadi.[2] Haeryung mula berlakon seawal usia muda. Peranan lakonan peramanya adalah dalam siri televisyen Sharp dan Magic Kid Masuri ketika berumur 10 tahun.[3] Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak teman wanita Park Hyung-sik di dalam drama tvN, Nine: Nine Time Travels.[4]

2013-2015

Bestie membuat kemunculan pertama pada 11 Julai 2013 menerusi pengeluaran lagu "Pitapat". Kumpulan ini membuat persembahan kemunculan pertama mereka dalam Music Bank pada 12 Julai.[5] Pada 16 Oktober, Bestie kembali menerusi lagu single kedua mereka, "Love Options" (연애의 조건) bersama sebuah video muzik.[6] Persembahan kemunculan kembali mereka berlangsung pada hari yang sama dalam M! Countdown.[7] Pada 12 Disember, ia telah diumumkan bahawa Bestie akan mengeluarkan lagu "Zzang Christmas", sebuah lagu bertema Krismas pada 17 Disember.[8]

Pada 28 Februari 2014, lagu single keempat Bestie, "Thank U Very Much" dikeluarkan secara digital bersama sebuah video muzik.[9] Pada 27 Jun, Bestie bersama Jimin, Choa, Chanmi dan Hyejeong (AOA) dan Girl's Day membuat persembahan istimewa lagu Girls' Generation, "Mr.Mr." dalam Music Bank.[10] Pada 11 Julai, Bestie mengeluarkan lagu "Like a Star" sebagai sambutan kepada ulang tahun pertama kumpulan ini.[11] Album mini pertama mereka, Hot Baby dikeluarkan pada 28 Julai.[12] Tiga hari kemudian, video muzik rasmi dikeluarkan.

Pada 29 Ogos, kumpulan ini mengeluarkan sebuah album mini yang disusun semula bersama sebuah lagu baru, "I Need You" diterbitkan oleh Duble Sidekick dan HomeBoy. Bestie mempersembahkan lagu "I Need You" dalam M! Countdown sehari sebelum pengeluaran digital lagu ini.[13] Pada 19 Disember, Bestie mempersembahkan lagu Super Junior, "Mamacita" di dalam Music Bank.[14]

Pada 8 Mei 2015, Bestie mengeluarkan album mini kedua mereka, "Love Emotion" dan mengeluarkan video muzk untuk lagu "Excuse Me". Pada 2 Jun, Bestie menduduki tempat ke–4 dalam "The Show". Pada 29 Ogos, BESTie merupakan sebahagian daripada jelajah 2015 Feel Korea in New Delhi di India.[15]

2016-2018: Aktiviti terakhir, line-up changes dan pembubaran

Pada bulan Januari 2016 telah dilaporkan bahawa Dahye jatuh dari tangga, pergelangan kaki dan lengan kanannya patah, dan memerlukan masa untuk pulih; YNB Entertainment menyatakan bahawa comeback Bestie telah ditunda untuk memberikan masa kepada Dahye supaya cepat pulih. Telah diumumkan bahawa Bestie akan comeback pada bulan Mei dengan mini album atau album penuh pertama, [16] yang akhirnya tidak pernah berlaku. Pada musim panas 2016, Uji menyertai pertandingan nyanyian realiti JTBC Girl Spirit, di mana dia berjaya menduduki di tempat ketiga. Persembahan terakhir kumpulan ini pada 16 Disember 2016 di Military Year End Concert.

Pada 5 September 2017, ia telah diumumkan bahawa UJi dan Dahye telah menamatkan kontrak mereka dan akan meninggalkan Bestie. YNB Entertainment mengumumkan bahawa Bestie akan diteruskan bersama Hyeyeon dan Haeryung dengan kemungkinan penambahan ahli baru.[17] Bulan itu, ia juga mengesahkan bahawa Hyeyeon akan muncul dalam program realiti idola The Unit.[18] Dia telah ditersingkir dalam episod 13 dengan kedudukan terakhirnya menjadi 27.

Selepas tidak lagi dapat mengakses YNB Ent. laman web rasmi, [19] khabar angin tentang kebankrapan syarikat itu mula beredar melalui online. Pada September 2018, Star Entertainment membuka akaun rasmi Instagram, serta fancafe, untuk artis baru mereka, Kang Hyeyeon,[20] yang menyimpulkan perasaan curiga kepada peminat mengenai pembubaran kumpulan itu tanpa sebarang pernyataan rasmi dari YNB Entertainment.

Rujukan

WikiPedia: Bestie_(kumpulan_muzik) http://www.billboard.com/charts/k-pop-hot-100 http://sports.chosun.com/news/news.htm?id=20131019... http://sports.chosun.com/news/utype.htm?id=2014022... http://thestar.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://sports.hankooki.com/lpage/music/201312/sp20... http://sports.hankooki.com/lpage/music/201401/sp20... http://tenasia.hankyung.com/archives/176131 http://tenasia.hankyung.com/archives/176137 http://tenasia.hankyung.com/archives/275303 http://tenasia.hankyung.com/archives/286875